Saturday, May 13, 2023

Doa buat ibu-ibu seluruh dunia

Assalamualaikum Sahabat Aisyah, moga baik-baik semua ya dimudahkan segala urusan. Hari ni 14 Mei dah rupanya ya, kalau ada yang masih ada boleh lah call sekarang ye, kalau dekat pergi balik jumpa ibu. Hadiah yang paling bermakna buat ibu adalah kehadiran anak-anak disisi. membantu bila ibu memerlukan bantuan. Dapat belikan hadiah tu bonus lah kan dan sebenarnya hadiah tak perlu pun yang mahal-mahal kan. Boleh je ikut kemampuan kita masing-masing. Kalau ada rezeki lebih boleh la beli yang lagi best kan nak hadiahkan Al-Quran Ukiran pun bagus juga, keberkatan berpanjangan gitu kann..

Bila dah jadi mak ni baru kita faham apa perasaan ibu kita kan, dulu ku selalu fikir mak ni sensitif sangat padahal kita tersalah cakap sikit je. Haa dia kan kalau dari anak dari orang yang kita sayang memang akan rasa sensitif begitu lah. Hargailah ibu anda semasa ada ni sayangilah mereka santuni lah mereka. Peringatan buat diri juga ni.

Apapun Aisyah nak kongsi hari ni, walau dimana kita berada walau dimana ibu kita berada didunia ini atau dah tiada di dunia ni jangan lupa doakan mereka tau.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيرًا

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil. 

Untuk ibu-ibu diseluruh dunia yang sedang membaca ni, anda sangat hebat. 

0 comments:

Post a Comment