Friday, May 12, 2023

Cadangan Hadiah Untuk Ibu dan Guru Sempena Hari Istimewa

Tak lama lagi hari istimewa buat ibu dan guru bakal tiba kan mesti pening kepala apa nak bagi kan. Meh Aisyah bantu 'brainstorm' sama ye. Hadiah ni sebenarnya tak kisah berapa nilainya yang penting ikhlas dan sejauh mana kita hargai mereka. Ucapan terima kasih pun sedikit penghargaan pun dah buat mereka gembira, luang masa bersama, bantu apa yang mereka perlukan pun dah cukup gembira. Betul tak sahabat?

Kalau ada rezeki lebih boleh la beri hadiah yang berbentuk fizikal juga. Apalah salahnya kan, bukan selalu. Ibu kita ada seorang itu sahaja kan. Ibu tidak pernah meminta apa-apa pun selain kebahagiaan anaknya sendiri apa kata kali ni kita hadiahkan sesuatu untuk ibu. Selalu bagi jam, handbag, baju haa apa kata hadiahkan Al-Quran Ukiran eNuur ni siap ada ucapan khas untuk ibu kita. Setiap kali ibu baca Al-Quran akan nampak, kita pun dapatlah tumpang pahala bila ibu baca setiap hari.

Ibu, terima kasih untuk semua yang telah kamu lakukan untuk anakmu. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tempat perlindungan. Terima kasih sebab ibu sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi kasih sayang dan sokongan.
Eh tiba-tiba nak syahdu kan..ye bila sebut ibu ni memang tiba-tiba rasa nak sebak. Haa pergi cari mak sekarang, kalau jauh boleh call. Hargai mereka selagi ada ni kan sahabat. 

Ada beberapa design tau sahabat boleh pilih sempena hari ibu ni. 
Boleh klik kalau nak tengok lebih besar yee.

𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗟𝗔𝗧𝗘 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗕𝗨❤️
MA01, MA02

MA03, MA05

MA07, MA10

MA11

Ni contoh ukiran nama atas Al-Quran, cantik sangat kan istimewa buat mama tercinta

Haa untuk guru pun ada tau, bertuah guru yang dapat hadiah Al-Quran Ukiran yang cantik ni. Moga pahala berpanjangan yaa..

𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗟𝗔𝗧𝗘 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨❤️
G01, G02

G03, G04

G05

Terima Kasih Cikgu, tak terbalas jasa yang kau telah beri kepada kami. 

Alhamdulillah cantik sangat kan, harga asal untuk ukiran ni RM49 tau tapi sempena promosi ni untuk ukiran hanya 90 sen sahaja, JIMAT RM48.10 banyak sangat tu kan best best..

Kalau tak nak ada tema nak letak nama sahaja pun boleh sahabat, pilih dari template ni ya macam dalam video Aisyah kongsi ni cantik juga kan simple je.



Pilih je mana-mana Al-Quran yang boleh diukir seperti A6 Zayyan, A5 Khadeeja dan A5 Fayyadh. Haa lupa nak beritahu promosi ni sehingga 16 Mei sahaja, jom grab sebelum terlepas nanti.

Nak tanya apa-apa boleh roger Aisyah yee terus. Klik je pada nama di bawah ni. 



0 comments:

Post a Comment