Tagging Al-Quran

Proses Menampal Tagging Al-Quran eNuur

 "Dulu selalu fikir macam mana Al Quran Tagging ni dihasilkan. Ingatkan guna mesin tapi rupanya semua manual jer." - Puan Nabila

Haa betul lah tu Tagging dalam Al-Quran eNuur semuanya ditampal secara manual macam dalam video yang Aisyah kongsi ni.

Tag maksudnya sticky note warna warni yang ditampal pada terjemahan ayat Al-Quran untuk memudahkan kita cari keyword dan mudah untuk buat rujukan.

Bestnya lagi akan buat kita rasa seronok untuk baca Al-Quran, kalau kita faham apa yang Allah sebutkan dalam Al-Quran. 

Dengan bantuan tag dan terjemahan ni insyallah semua orang pun mampu untuk rasa "seronok" baca Al-Quran.

Apa yang ada dalam Tagging Al-Quran eNuur ni? 


1. KHATAM TRACKER

Apa tu khatam tracker?  Ia adalah sticker yang membantu kita untuk khatam secara harian. Setiap kali kita baca nanti kita akan jumpa checkpoint mukasurat dimana kita kena berhenti dan kemudian sambung lagi. Insyaallah boleh khatam 1 Juz 1 Hari. 

Ok jom Aisyah share lagi ye, 1 JUZ = 20 MUKA SURAT @ 10 HELAI

Bacaan setiap kali selepas solat fardu 4 HALAMAN X 5 = 20 HALAMAN

Jadi, khatam tracker ditanda pada setiap 4 muka surat @ setiap 2 helai berjumlah 120 tagging khatam tracker. 

2. TAG JUZUK DAN AYAT

Seterusnya dalam Al-Quran Tagging ada Tag Juzuk 1-30 berjumlah 30 tag. Boleh lihat gambar bawah ni cantik sangat kan.


Selalu tak ingat dah baca Al-Quran sampai Juzuk berapa kan?🤔😥 Kita main baca je sampai tak perasan sampai mana.

Haa jangan risau, Al-Quran Tag eNuur ada penyelesaiannya 😍 Tak perlu susah-susah untuk tampal sendiri. Dah lengkap Juzuk 1 hingga 30.

Boleh terus guna dan yang penting berwarna-warni. Moga dapat menambah semangat untuk berdamping dengan Kalam Allah 💕

Ni part yang paling best dalam Tagging eNuur iaitu tagging pada ayat-ayat yang terpilih. Aisyah suka sangat sebab bila kita baca Al-Quran bila ternampak tag ni akan triggered kita untuk baca maksud. Memang rasa seronok tau !


Kadang tu memang teringin sangat nak mendalami terjemahan kalam Allah tapi kadang terasa tiada masa penuh sangat masa tu 🥺

Alhamdulillah dengan bantuan Al-Quran Tag eNuur ni dapat membantu diri ini untuk lebih semangat mendalami ilmu Al-Quran. Allahu Allah. Syukur atas nikmatMu ya Allah 😭

Moga kita semua akan dapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Aamiin Ya Mujib 🤲🏻

Jenis-jenis Tagging eNuur

Ada banyak jenis haa bahagian ni yang buat ramai keliru untuk buat pilihan. Apa beza setiap tagging tu kan apa keistimewaannya. Ok jom baca lagi ye sahabat. Aisyah akan senaraikan jenis Al-Quran dan Tagging apa yang ada.Baca sampai habis ok?


🌹Tagging Nafeesa - 318 tag (A5 Magnet,A6 Magnet,Rabbani, Raihan)

🌹Tagging Safeeya - 503 tag (semua alquran)
kecuali A6 softcover, Zayyan dan Khadeeja

🌹 Tagging Khadeeja - 550 tag (Al-Quran Khadeeja sahaja)

Ada tagging ayat doa, kisah anbiya dan ayat larangan. 

Sesuai untuk para wanita kerana highlight pada ayat Al-Quran semua tentang wanita. 

🌹Tagging La Tahzan - 80 Tag (A6 Floral, A5 Magnet, Fayyadh, A4 dan A3 eNuur)

Adaptasi dari “La Tahzan” atau Jangan Bersedih, karangan Dr.  'Aidh bin 'Abdullah al-Qarni, merupakan buku motivasi yang popular
.
Menjadi rujukan kepada PENYUSUN TAGGING LA TAHZAN eNUUR untuk menghasilkan 50 tagging La Tahzan pada  Al-Quran Fayyadh eksklusif eNUUR

Sesuai buat mereka yang mengalami 'kesakitan' pada jiwa,hati dan mental. Tagging berkenaan solusi atasi emosi 🥰

🌹 Tagging As-Syifa - 180 tag (Zayyan, Khadeeja dan Fayyadh) NEW

Didatangkan bersama Buku Keterangan Ayat untuk memudahkan pembaca meneliti dan mentadabbur ayat-ayat terpilih tentang doa-doa dalam Al-Quran, adab dalam berdoa, ayat-ayat ruqyah dan rawatan penyakit tertentu.

Jumlah 180 Tag (150 tag terjemahan dan 30 tag juzuk).Tag berfokus pada ayat Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada mental dan fizikal manusia. Juga sesuai untuk mereka yang berkecimpung dalam bidang rawatan silam.

Nak beli manual dan tampal sendiri boleh ke?

Boleh boleh. Ada yang dah ada Al-Quran sendiri kan boleh grab yang manual ni.




Berapa Harga Al-Quran Tagging?

Untuk setiap Al-Quran boleh refer terus klik link bawah ni ye sahabat, 

A6 Magnet
A6 Raihan
B6 Rabbani
A5 Magnet
A5 Zip Special Edition

Nak lagi senang boleh wasap terus Aisyah je nanti boleh tanya je terus kan kan. Klik je nama bawah ni ye. Moga Al-Quran eNuur dapat bantu kita untuk lebih faham dan cinta Al-Quran ya sahabat.

0 comments:

Post a Comment