Saturday, May 27, 2023

Bahagia dengan belajar Al-Quran dalam CeliQuran


Assalamualaikum sahabat Aisyah Radin, tahniah sebab baca posting ni maksudnya anda berminat untuk belajar Al-Quran. Niat pun dah terbaik sangat tu moga Allah mudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki ya untuk belajar lebih lagi. Jom sama-sama kita bahagia dengan belajar Al-Quran ya. Allah yang hantar Al-Quran ni melalui Nabi Muhammad untuk kita manusia; terlalu banyak pesanan dan ayat-ayat cinta tapi kita tak faham pun sedih kan. Emm sebab tu nak cari bahagia kenali dan fahamilah Al-Quran, baca dengan betul ye sahabat. Insyallah sama-sama kita usaha ye. 

Ok jom Aisyah nak kongsi ni eNuur ada buat satu kelas namanya CELIQURAN. Kelas untuk kita untuk belajar Al-Quran jalan untuk kita bahagia kan kan. Ok jom baca seterusnya ok?

Dalam CeliQuran eNuur sahabat akan dapat apa?
Sahabat akan dapat 3 jenis kelas iaitu Kelas Tadabbur, Tadarus dan Belajar Tajwid. 
Jemput daftar hari dan sahabat akan dapat 10 kelas pertama secara PERCUMA ya. Sahabat boleh faham apa itu tadabbur, tadarus dan tajwid. Tenaga pengajar untuk kelas Tadabbur ialah Ustaz Hafiz Kamal manakala Tadarus dan Tajwid akan diajar oleh Ustaz Azam.

Bila waktu kelas diadakan?
Tadarus : Jumaat dan Sabtu 8-9 pm platform Telegram
Tajwid : Ahad 8-9 pm platform Zoom
Tadabbur : Isnin 8-9 pm platform zoom

Kelas pertama akan bermula pada 28 Mei 2023 dengan Kelas Tajwid, 29 Mei 2023 kelas pertama untuk Kelas Tadabbur. Tadarus akan bermula pada 2 Jun 2023. Sahabat sediakan sahaja masa setiap Jumaat hingga Isnin ya jam 8-9 malam.  


Platform apa yang digunakan untuk kelas?
- Zoom dan juga Telegram Voice Chat

Apakah yang peserta akan dapat setelah menyertai kelas tersebut?
Sahabat akan dapat :-
- Group support
- E-Sijil penyertaan
- Akses rakaman

Haa best ke best?

Nak daftar Klik SINI wasap Aisyah ye bagi details nama, email, no telefon dan negeri bersama dengan seorang sahabat yang lain ye. Nak ajak 10 orang atau lebih pun lagi afdal hee.

Jom sahabat kita sama-sama belajar ye, pelaburan yang paling mahal adalah pelaburan pada ilmu. Moga bermanfaat hingga akhir hayat kita dan boleh buat bekalan kita ke alam yang satu lagi insyallah. Ada apa-apa nak tanya boleh wasap Aisyah terus ya.

0 comments:

Post a Comment