Sunday, May 28, 2023

Apa beza Tadabbur, Tadarus dan Tajwid?

 Alhamdulillah diam tak diam kita dah nak masuk hujung bulan Mei 2023 ni cepat sungguh masa berlalu kan. Masa ni kan kalau kita tak uruskan memang dia pun akan berlalu pergi begitu saja, sibuk bekerja, sibuk uruskan anak, sibuk mencari duit, sibuk berjalan kesana sini. Kalau ada masa lapang kita suka lagi tidur, main game, tgk movie dan sebagainya. Teringat pula lagu opick, tapi waktu tak berhenti tapi waktu tak kembali. Harap Allah ampunkan dosa kita semua ya. Masa yang ada ni sama-sama kita gunakan dengan sebaiknya isilah dengan sebaiknya.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan yang beramal soleh serta orang yang berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar - Surah Asr Ayat 1-3

 Aisyah pun tak baik tapi sedang berusaha nak jadi yang terbaik. Jadi baik bukan untuk sesiapa sebenarnya ia akan berbalik pada diri kita sebab kita ada perjalanan yang lebih jauh selepas alam dunia ni. 

Baik bukan bermakna kita lemah akur dengan keadaan, ikut je keadaan dan tidak berusaha itu lemau maksudnye hehe. Jadi orang yang lebih baik baiki diri segala aspek lebih lebih lagi hubungan kita dengan Allah SWT. Jadi apa nak buat?

Buatlah apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. Allah dah utuskan Nabi Muhammad SAW kepada kita semua.Ikut apa yang nabi sampaikan idola kita semua kan, kenali nabi kita, belajar kisah sirah nabi. Kemudian, baca dengan baik dan faham ayat suci Al-Quran. Terlalu banyak ibrah yang kita boleh dapat sahabat, manakan tidak ayat Al-Quran kan diturunkan oleh Allah. Kalau betul sayang Allah sama-sama kita belajar untuk faham dan belajar Al-Quran ya barulah boleh baca ayat-ayat cinta dengan baik 💓

Jom sama-sama dengan Aisyah kita masuk CELIQURAN bestnya dalam ni kita ada Kelas Tadabbur, Kelas Tajwid dan Tadarus. 3 dalam 1 bestnya. Dalam proses nak jatuh cinta dengan Al-Quran ada banyak lagi cabang yang lain lagi seperti taranum dan sebagainya. Aisyah nak kongsi 3 perkara ni dulu ya sahabat. Mesti ada sahabat yang keliru dan nak tahu kan. Ok jom baca lagi ye...

Apa itu Tadabbur? 

Tadabbur ni kita belajar faham ayat Al-Quran untuk dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan. Tadabbur ni adalah kunci bagi semua ilmu moga keimanan kita semua terus bertambah ya sahabat. 

Maka tidakkah mereka menghayati (mendalam) al-Quran? Sekiranya (al-Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya. - Surah an-Nisa' ayat 82

Sama-sama kita usaha ya sahabat untuk faham ayat-ayat cinta dari Allah ni ya, belajar untuk berdamai dengan takdir yang Allah telah tentukan. Setiap yang berlaku pasti pasti ada hikmahnya.Terus bersangka baik dengan Allah ya sahabat. 

Apa itu Tadarus? 

Membaca Al-Quran secara berkumpulan (seorang membaca dan yang lain akan menyemak bacaan kita). Selesai seorang sahabat baca sambung pula dengan sahabat yang lain. Selalu sinonim sangat pada bulan Ramadhan tapi apa kata kita teruskan amalan tadarus ni, best ke best?

Nabi SAW dalam hadis berkata;" Apabila berhimpun sekumpulan manusia disuatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (Al-Quran) dan saling mempelajarinya antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada disisiNya" (Riwayat Abu Daud)

Apa itu Tajwid? 

Ilmu Tajwid ni dari segi bahasa maksudnya mencantikkan dan mengelokkan. Dari segi istilah pula memberikan huruf haknya daripada sifat-sifatnya yang tersedia ada lazim dan sifat-sifat yang mendatang. Dan huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau.Hukum belajar tajwid ni fardu kifayah tapi mengamalkannya dalam bacaan hariana adalah Fardu 'Ain. Jadi sahabat-sahabat penting sangat tau untuk belajar tak ingat hukum tu takpe tapi cara bacaan mesti kena betul tau. Kalau tak tahu silalah cari guru sekarang ni ramai sangat yang boleh ajar, banyak sangat tempat boleh cari kan. yang offline ada yang online pun ada ramai sangat sangat tinggal kita je nak belajar atau tidak.

Sahabat kita hidup didunia ni sementara je, kesusahan sementara, kesenangan pun sementara tiada yang kekal. Bila kita meninggalkan dunia ni, tiada satu harta pun walau RM1 tak boleh bawa hanya amal soleh yang menjadi bekalan. Bukan bermakna kita tinggalkan dunia tapi beringatlah buat apa sahaja didunia ni ikhlas kerana Allah SWT. Sayang semuanya kerana Allah SWT.


Ok jom sahabat Aisyah nak ajak masuk kelas CELIQURAN ni bekalan kita untuk ke alam seterusnya. Fahamilah Al-Quran, belajar cara bacaan yang betul semuanya untuk diri kita kenapa tidak kan. Luangkan lah masa 4 jam sahaja daripada 7 hari untuk belajar. Ni jadual kelas Aisyah kongsi boleh sahabat bersiap sedia tanda dalam kalendar ye.




Ada pakej 3T ni Tadarus, Tadabbur dan juga Tajwid. Tak mahal pun..
Tak sampai RM50 pun tapi boleh dapat 50 kelas tau! Kalau nak tanya apa-apa boleh wasap Aisyah ye. Sayang semua kerana Allah SWT. 💓

0 comments:

Post a Comment