Sunday, May 14, 2023

11 Tips Nak Bangun Solat Tahajjud Dengan Mudah

Banyak sangat kelebihan yang boleh kita dapat bila bangun tahajud ni, kalau dapat cubalah jadikan amalan ya sahabat. Pesan lebih lagi buat yang menulis ni. Tahajud ubat untuk menguatkan hati dan jiwa kita. Ubat untuk segala penyakit, ubat ketenangan dan kebahagiaan juga. Moga segala rezeki kita juga diberkati ya sahabat. Mengadulah apa saja pada Allah hebatnya waktu sepertiga malam ni. Jom sama-sama kita usaha untuk konsisten. Keep fighting ! 

Ok jom cuba buat tips dibawah ni ya sahabat.

TIPS BANGUN SOLAT TAHAJJUD

1 - Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan berdoa pada-Nya,
"Ya Allah, tolong kejutkan hamba-Mu ini yang penuh dosa untuk bangun Tahajjud."

2 - Minum air sebanyaknya.

3 - Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal.

4 - Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak anak keluarga kita bangun Tahajjud sekali. SubhanaAllah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajjud.

5 - Selepas solat maghrib, ceritakan kisah kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi s.a.w di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6 - Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7 - Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajjud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat.

8 - Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajjud.

9 - Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajjud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajjud pula tu. Allah ..

10 - Buat geng/group Tahajjud. Sekumpulan kawan Whatsapp/Telegram/Facebook apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan.

11 - Mulakan tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.

Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah SWT sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
~ HR Abu Daud

Alhamdulillah 💕

Kredit pada penulis, Aisyah kongsi sini untuk ingatan kita semua ya sahabat. Mana yang baik sila kongsi juga. Jom sama-sama kita buat dan usaha ok?

0 comments:

Post a Comment