Wednesday, June 7, 2023

Andai Hidup Ini Sebuah Pertandingan


Hari ni rasa terpanggil untuk menulis sebab semalam kan adik-adik SPM baru terima keputusan kan. Kak Aisyah nak ucapkan tahniah buat semua apa pun keputusan awak itulah yang terbaik tau. Kalau cemerlang alhamdulillah syukur pada Allah, kalau tak dapat seperti yang diharapkan jangan bersedih, itu bukan pengakhiran sebab hidup ni panjang lagi. Banyak lagi yang nak dikejar tau. Teruskan perjuangan ada orang lebih disini ada orang lebih disana kan kan.

Nak kongsi ni satu komik oleh Buasir Otak The Komik dah lama dah tahun 2016 tapi rasany terkesan buat kak Aisyah, penulisnya oleh Prince of Noob, ilustrasi oleh Hafiy Halim @Doodle Scratch. Eh tiba ber kak kak pula kan hee sempena adik SPM ni katakan.








Begitulah kehidupan sesetengah dari kita kan ada yang mudah je perjalanan mereka kita nampak hakikatnya kita tak tahu apa yang mereka lalui dan apa yang mereka buat untuk capai kejayaan itu. Kita pula sejauh mana usaha? Mungkin ada yang kata aku dah berusaha tapi kenapa tak capai tak dapat apa yang aku nak? Disinilah konsep syukur dan redha.

Ada yang dah berjaya dan rasa tiada apa lagi yang nak dikejar macam dalam komik ni. Ok jom sambung baca lagi haha



Hakikatnya kehidupan ni tak sama, bukanlah sebuah perlumbaan mahupun pertandingan.



Dalam sebuah perlumbaan semua orang bermula pada garisan yang sama berbeza dengan kehidupan semua orang tidak bermula di garisan yang sama.



Dalam perlumbaan semua orang bertanding dengan cara yang sama tapi dalam kehidupan semua orang bertanding dengan cara yang berbeza bergantung pada nasib, rezeki dan kemampuan masing-masing.



Dalam perlumbaan semua orang mengejar matlamat yang sama tapi dalam kehidupan semua orang mengejar matlamat dan impian yang berbeza. 




Andai kehidupan sebuah pertandingan mesti ada yang akan dapat kelebihan dan keistimewaan. Pasti ada yang ada dapat kekurangan. Peraturan manusia ni tak adil, kadang pengadil pun berat sebelah kan jadi peluang pun tak sama rata bagi setiap peserta.





Setuju sangat dengan penulis ni dunia ni memang penuh dengan ketidakadilan. Sebenarnya dunia ni memang tempat ujian kan sahabat. Jangan kita pandang kelebihan dan kekurangan orang atau diri kita sendiri hingga buatkan kita rasa rendah diri dan tidak bersyukur. Allah uji kita setimpal dengan kemampuan kita. Allah tahu kita boleh hadapinya.





Berhenti banding diri dengan orang lain sebab boleh jadikan kita rasa down, rasa lemah semangat, sedih dan sebagainya. Sebaiknya banding dengan diri sendiri moga kita semua jadi lebih baik dari semalam. Bukan dari segi duniawi sahaja sebaiknya dan sepatutnya apa amalan kita. Bekalan kita untuk ke alam satu lagi nanti alam yang kekal abadi.

Jika dalam perlumbaan kita rasa gembira bila dapat mengalahkan orang lain tapi dalam kehidupan kita tak seharusnya gembira lihat kejatuhan orang lain. Sama-sama kita tarik tangan bantu antara satu sama lain ye bangun sama-sama untuk berjaya. Boleh ke boleh ni?



Dalam kehidupan tiada yang menang atau kalah, yang ada hanya kejayaan atau kegagalan namun ia boleh hadir awal, lambat atau mungkin tak muncul langsung dalam kehidupan kita. Akhirnya tiada siapa yang harus kita kejar melainkan diri kita sendiri.




Kerana kehidupan ni bukanlah suatu perlumbaan atau pertandingan tetapi sebuah perjalanan dan pengembaraan yang panjang hinggalah kita semua menemui pengakhiran yang abadi. Impian dan matlamat yang sepatutnya kita semua tanam adalah biarlah kita semua berakhir dengan baik dapat melalui alam yang satu lagi nanti dengan baik kerana tujuan kita semua nak dapat rahmat, redha dan kasih sayang Allah SWT. 

Pesanan ikhlas dari Aisyah moga kita semua baik-baik ye, jadi adik-adik yang baru lepas SPM ni faham ke tidak ni apa kak aisyah pesan ni? 

0 comments:

Post a Comment