Sunday, June 11, 2023

Al-Quran Ukiran dan Personalised buat diri dan mereka yang tersayang

 Assalamualaikum alhamdulillah tahniah Aisyah ucapkan sebab tekan posting ni. 

Hari ni Aisyah nak kongsi kenapa kena ada Al-Quran sendiri, bukan Al-Quran yang dikongsi bukan Al-Quran pinjam dan sebagainya. Haa cuba ingat balik bila kali terakhir pegang dan baca, hari ni dah baca belum ni? Boleh jawab dalam hati masing-masing ya termasuklah orang yang menulis ni.

Sebenarnya bila kita ada Al-Quran sendiri kita akan rasa lebih bertanggungjawab dan lebih bersemangat untuk baca setiap hari.Insyaallah akan lebih rajin lagi-lagi ada ucapan dan ayat suci Al-Quran yang memberi kita rasa keinsafan dalam diri. Carilah Al-Quran yang cantik, bewarna warni ada panduan tajwid dan semestinya ada pengesahan dari Kementerian Dalam Negeri tau. Nak lagi bagus ada tagging supaya kita lebih mudah untuk faham apa yang Allah nak sampaikan pada kita. Lebih fokus lagi bila kita membaca ayat suci Al-Quran.

Kita ni manusia biasa yang lemah kan, tak lari dari kelalaian dunia ni. Syaitan sentiasa berusaha untuk berbisik sebab itulah kita perlu sentiasa berusaha untuk cari jalan lari dari godaan. Sentiasa lah bersahabat dengan Al-Quran tau. 

Hadiahkan diri sendiri dan mereka yang tersayang; ibu, ayah, isteri, suami, adik, abang, kakak, anak, kawan baik dengan Al-Quran Ukiran Personalised insyallah inilah pelaburan kita untuk tanamkan rasa cinta pada Al-Quran tu, keberkatan berpanjangan gitu lagi-lagi bila orang yang kita hadiahkan mengamalkannya. Biarlah kita semua bertemu disyurga ya aminn amin ya rabbal alamin~~


Ok berbalik pada Al-Quran Ukiran ni kan, Aisyah nak kongsi inilah keistimewaan yang ada pada eNuur. Al-Quran Deboss. Jom baca lagi seterusnya lagi sahabat.

DEBOSS ITU APA?

Ukiran yang dihasilkan menggunakan teknik pembakaran laser yang akan menghasilkan ukiran yang kekal dan tahan lama. Hasil warna ukiran adalah mengikut material cover Al-Quran itu sendiri.

PAKEJ DEBOSS UKIRAN

Ada 3 Kategori Deboss tau sahabat, ok baca seterusnya lagi yer~

📌 DEBOSS RM19
- Terhad untuk ukiran nama 2 patah perkataan sahaja tanpa sebarang design
- Kedudukan depan @ belakang
- Deboss Khat tidak dibenarkan
- Boleh pilih font mengikut template yang disediakan


📌 DEBOSS RM49
- Terhad untuk 1 kedudukan sahaja (depan@belakang)
- Deboss Khat dibenarkan 
- Boleh pilih design mengikut template yang disediakan

📌 DEBOSS RM99
- Boleh design depan dan belakang
- Deboss Khat dibenarkan
- Boleh pilih design mengikut template yang disediakan 


PILIHAN DESIGN DEBOSS RM49 DAN RM99

Untuk pilihan design ada banyak tau sahabat mungkin akan menyebabkan kita rambang mata sebab semuanya pun cantik hee. Design ni pula ada yang ada sepanjang masa dan ada juga yang bermusim contohnya template raya haji yang baru lepas ni bila dah habis promosi jadi dah tak boleh la ye. 

Jangan risau ada banyak lagi design, ada 2 kategori : 

1) Template Tak Bertema

Deboss 01 hingga Deboss 23 sesuai untuk siapa yang suka simple and sweet. 
**Boleh tukar tarikh, nama dan ayat.




2) Template Bertema 

Tema Majlis - Perkahwinan, Hari Lahir, Bersara dan Khatam Quran
Tema Appresiasi - Suami Isteri, Wanita, Sahabat, Mak Ayah, Anak, Ahli Keluarga, Guru
Tema Lain-lain - Kaligrafi Khat, Review, Umum


**Tak boleh tukar ayat kecuali consideration contoh mama papa, wife, sanah helwah. Boleh tukar nama dan tarikh sahaja.

JENIS AL-QURAN DEBOSS

Boleh ukir pada cover Al-Quran bawah ni sahaja ye termasuk Zayyan tiada dalam gambar ni. Untuk Al-Quran A4 dan A3 tak boleh deboss sebab hardcover, Al-Quran A6 Floral pun tak boleh sebab soft cover. 

JENIS DEBOSS KHAT

1) Khat Thuluth RM49

2) Khat Diwani RM99


BERAPA LAMA PROSES ORDER?

Tempoh Preorder Deboss adalah 9 hari bekerja bermula dari tarikh detail deboss lengkap yang dimasukkan. Sebarang perubahan detail deboss atau order bermasalah akan menyebabkan tempoh order bertangguh.


KEDUDUKAN TEMPLATE ATAU NAMA

Boleh pilih di depan atau belakang, menegak atau melintang


CARA SUBMIT ORDER BUAT DROPSHIP

1. Pilih Al-Quran yang boleh deboss
2.Deboss RM19. RM49, RM99
3. Buat bayaran 
4. Masukkan format order 
Pergi ke BULK ORDER--> tekan invoice yang buat tadi -->tekan PREORDER dan masukkan format

FORMAT SUBMIT ORDER DEBOSS
Contoh untuk deboss nama: 

Produk Deboss : Deboss RM19 

Jenis Quran/Warna : AQH SPECIAL EDITION HITAM

Kod Template : J02

Kedudukan : Depan 

Ayat Deboss :سيتي بصيره

Boleh klik sini untuk Translate Jawi atau guna Keypad Jawi

**kalau tak pasti sila wasap Aisyah dulu tau, sebab kalau ada kesilapan nanti boleh melambatkan proses.

CARA SUBMIT ORDER BUAT SAHABAT

Pilih sahaja design dan Al-Quran mana yang sahabat minat dan boleh pm Aisyah je lagi senang kan kan. Klik je nama bawah ni ye. 

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment