Saturday, May 20, 2023

5 Tip Untuk Seronok Baca Al-Quran Setiap Hari

Selalunya bila kita sedih bosan apa perkara yang kita buat?
Tanya diri sendiri juga ni em em

Sama-sama kita berusaha cari bahagia dan seronok baca Al-Quran ya sahabat. Al-Quran tu kalam Allah SWT diturunkan pada manusia untuk kita sebagai panduan hidup ni. Sumber kebahagiaan sumber kegembiraan jadi kenapa kita tak nak berusaha untuk seronok baca Al-Quran kan.

Jom Aisyah kongsikan beberapa tips moga bermanfaat ya. ðŸ’“

1. SEDIAKAN RUANG YANG SELESA

Ruang yang selesa insyaallah dapat mewujudkan suasana yang tenang masa kita membaca Al-Quran. Sediakan tempat khas, tidaklah yang canggih-canggih pun sahabat cukup kita ada tempat khas dalam ruang rumah kita sebagai ruang untuk mengaji. Boleh la kalau ada bajetnya sediakan meja, kerusi dan Al-Quran dalam ruang yang kita sediakan itu. 

2. MEMBACA BERSAMA RAKAN

Cuba cari kawan yang nak sama-sama baiki bacaan. Bagus bila ada kawan ni kita akan jadi lebih  bersemangat. Boleh la saling mengingati supaya sentiasa membaca Al-Quran.

Carilah sahabat yang dapat mengingatkan kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat.

3. MEMBACA SAMBIL LIHAT MAKNA

Nak menambah keseronokan ni boleh lah gunakan Al-Quran terjemahan sekarang ni dah macam-macam jenis ada cantik-cantik pula tu kan siap ada tagging lagi pun ada. Bila kita baca terjemahan insyallah dapat membantu kita menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran. Secara tak langsung kita dapat merasakan seolah-olah Allah sedang bercakap terus dengan kita. 

Dah ada Al-Quran Tagging ke? Meh Aisyah bantu ye sahabat☺️

4. CARI TEMPAT BELAJAR AL-QURAN

Ada orang dia selesa membaca beramai-ramai lebih bersemangat gitu, Carilah tempat belajar sekarang pun dah banyak tempat belajar boleh ajak kawan-kawan kita sekali. Lagipun dengan belajar insyallah boleh baiki bacaan supaya lebih lancar dan yakin tanpa tersekat-sekat. 

Jemput hadir Klinik Al-Quran bersama Ustaz Azam setiap Sabtu-Khamis 7.30 hingga 8.30 pagi di Telegram eNuur HQ Percuma sahaja sahabat jangan risau.

5. BUAT JADUAL BACA AL-QURAN

Masa tidak akan ada untuk Al-Quran kalau kita tak sediakan. Cari masa dan luangkan masa untuk Al-Quran. Caranya bagaimana? Buat jadual !
Sehari mungkin kita mampu luangkan masa 30 minit, pecahkan 30 minit ke beberapa masa mungkin 15 minit selepas bangun tidur dan 15 minit sebelum tidur.  

Untuk khatam, sahabat boleh cuba baca 4 muka surat setiap kali lepas solat insyallah sehari boleh habiskan 1 juzuk. Boleh gunakan khatam tracker ni insyallah membantu kita on track. 


Insyaallah sama-sama kita usaha ye sahabat, tak berjaya buat hari esok cuba lagi dan lagi. Tak dapat semua jangan tinggal semua. Usaha baiki diri setiap hari insyallah pesan lebih lagi buat yang menulis ni. 

0 comments:

Post a Comment