Thursday, May 25, 2023

5 Langkah Bangkit dari Kegagalan

Alhamdulillah hari ni diberi keizinan oleh Allah SWT untuk menulis lagi. Seriuslah Aisyah ni bukanlah seorang yang pandai menulis tapi lebih kepada pesanan untuk diri. Ada orang dia suka menulis di buku, Aisyah tulis dalam blog ni lah senang nak cari balik tak hilang kan. Syukur sangat rasanya alhamdulillah terima kasih Allah temukan dengan circle Aisyah sekarang eNuur. Kalau sahabat tak kenal lagi, eNuur ni kepakarannya adalah membantu individu yang culas membaca Al-Quran supaya lebih rajin dan seronok dengan Al-Quran. Selain tu membantu juga ekonomi umat islam khususnya para wanita yang bersungguh-sungguh nak jana pendapatan sambil raih passive pahala. 

Alhamdulillah dalam  circle ni Aisyah berada sekarang, setiap hari pun penuh sangat dengan majlis ilmu tau seawal pagi ada Klinik Al-Quran Percuma sahaja sahabat, ada kelas-kelas marketing dan perniagaan juga tinggal lagi kita saja sempat ikut atau tidak. Boleh join sini ye di Telegram Official eNUUR.

Malam tadi perkongsian dari sahabat eNuur rasanya menjentik hati Aisyah untuk berkongsi disini. Moga bermanfaat buat sahabat semua juga ya. Topiknya bangkit dari kegagalan. Gagal ni sangat sinonim dapat hidup kita, orang kata ujian hidup. Bila berlaku sesuatu dalam hidup ni kita rasa dah buntu tiada jalan keluar dah. Jom Aisyah kongsikan 5 langkah untuk bangkit insyallah.


1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit


Kenapa kena share walaupun kecil? Sebab kalau kita bersyukur yang kecil insyaallah Allah akan datangkan lagi kesyukuran yang lebih besar. Dalam kehidupan kita ni banyak sangat kesyukuran tapi kita tak sedar, kesyukuran setiap hari kita dizinkan Allah untuk hidup dalam islam, sihat cukup sifat semuanya dapat bernafas dan bergerak dengan baik kan kan.

Dalam perniagaan begitu juga sila bersyukur dengan yang sedikit ya sahabat. Kongsi kejayaan kita walaupun sedikit dengan sahabat-sahabat yang kita percaya lebih lagi dalam circle perniagaan kita. Kenapa kena share walaupun kecil? Sebab kalau kita bersyukur yang kecil insyaallah Allah akan datangkan lagi kesyukuran yang lebih besar. Selain tu dapat juga memberi semangat, inspirasi dan aura kepada sahabat-sahabat yang lain. Ada orang lebih disini ada, ada orang lebih disana jadi kita boleh melengkapi satu sama lain. 

Syukur bukan kerana dapat jualan sahaja tapi apa-apa kesyukuran yang kita dapat ya sahabat. Banyak lagi sahabat cuba kita lihat. Didiklah hati supaya bersyukur dengan yang sedikit insyallah kita akan terus bangkit walaupun jatuh berkali-kali. Jatuh tu perkara biasa tapi bangkit berkali-kali tu luar biasa insyallah kita semua boleh. Apa yang Allah beri itulah yang terbaik buat kita teruskan melangkah dan cari jalan lagi ye.

2. Tetap berfikiran positif

Serius tak mudah nak bersangka baik ni, lagi-lagi bila kita sedang dilanda dengan ujian. Apa orang kata berat mata memandang berat lagi mata yang memandang. Setiap orang ada ujian sendiri Aisyah pun sama tak lari dari masalah. Bila sebut ujian ni teringat pula pada Pn Masitah, besar sangat ujiannya kan tapi beliau sangat-sangat positif, tukar ujian kepada Allah sedang bergurau. Betul katanya kita takkan bergurau dengan orang yang kita tak sayang. Ujian tanda Allah sayang pada kita ingat tu sahabat pesan lebih lagi buat diri yang menulis ni.

Jom sahabat ni Aisyah kongsi tips dari Prof Muhaya,kalau ada masalah cuba tulis. Bila kita tulis kita lagi nampak jelas apa masalah kita sebenarnya. Setiap masalah tu pasti ada solusi nya cuma cepat atau lambat saja sentiasa bersangka baik dengan Allah ya sahabat. Allah bersama dengan sangkaan hamba-Nya jadi sila fikir yang baik-baik sahaja tau. Selepas hujan panas ada pelangi.

3. Belajar tanpa jemu

Dengan ilmu kita boleh upgrade diri kita insyallah. Setiap hari dalam eNuur pun ada banyak kelas sahabat boleh hadir semuanya secara percuma. Jemput hadir ye sahabat. Belajar dari kisah sahabat kita yang lain, belajar cara marketing, belajar tentang produk, belajar ilmu Al-Quran dan sebagainya. Dah ada ilmu kena terus buatlah ye sahabat baru ada resultnya insyallah. Tak berjaya buat lagi dan belajar lagi. Belajar dari kegagalan insyallah.

4. Circle yang positif

Alhamdulillah Aisyah dah pun berada dalam circle yang sangat positif yang sentiasa mengingatkan tentang dunia dan lebih lagi akhirat. Rasanya setiap hari sentiasa diingatkan untuk tahajud siap ada yang kejut lagi setiap pagi. Dulu kan Aisyah rasa memang tak familiar dengan tahajud ni dan tak biasa buat pun. Liatnya masyaallah nak bangun pagi tu. Nah 11 Tips nak bangun tahajud. Rupenye sangat hebat kuasa tahajud ni sahabat. Kuasa zikir, selawat, istighfar, dhuha. 

Konsep keberkatan dan sebagainya ni Aisyah banyak belajar dalam eNuur ni. Dulu kan Aisyah ni kuat sangat menangis cepat sangat rasa lemah rasa down tapi rupanya bila masuk dalam circle eNuur ni banyak sedarkan Aisyah ujian didunia ni kecil sangat. Banyak lagi kita nak buat untuk akhirat nanti. 

Ujian Allah bagi tanda sayang pada kita, Dia nak kita balik pada-Nya. Percayalah sahabat kejar akhirat dunia akan kejar kita. Jaga hubungan dengan Allah sebab Allah kan Pemilik Rezeki didunia ni. Bangun tahajud bersembang dengan Allah. Berada dalam circle yang selalu ingatkan kita insyallah kita akan bangkit berkali-kali dan sampai ke puncak kejayaan.

5. Bersyukur dengan perkara yang lain

Macam Aisyah kongsi dalam point no 1 tadi, syukur dengan yang sedikit. Penting sangat bersyukur ni sahabat. Bukan bahagia yang jadikan kita bersyukur tapi dengan bersyukur datanglah bahagia. Hidup kita ni sekejap je sahabat teruskan perjuangan tau. Syukur bukan bermaksud kita redha tak buat apa-apa tak berusaha. Syukur maksudnya kita berterima kasih dengan Allah dengan segala apa yang kita dapat, apa-apa yang kita miliki. 

Buat sahabat yang berniaga, bila kita mulakan niat untuk berniaga ada 3 perkara yang kita korbankan iaitu berkorban masa  sebab kita luangkan masa untuk belajar, untuk marketing, untuk customer dan sebagainya. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Korbankan kawan-kawan yang negatif , cari kawan-kawan yang baik, Korbankan masa bercuti kita juga tapi insyallah moga segala pengorbanan kita berbaloi. Teruskan perjuangan dan bangkit tau sahabat.

Kita bangkit kerana Allah SWT 💓💪🏻

0 comments:

Post a Comment