Thursday, May 11, 2023

Bahagia dengan bersyukur dengan yang sedikit

Alhamdulillah lama sangat rasanya dah tak menulis dalam blog ni. Aisyah terpanggil untuk menulis kembali sebab banyak nak kongsi dengan sahabat nanti insyallah. Ilmu Allah ni luas sangat tapi insyaallah Aisyah akan kongsi kisah-kisah inspirasi dari Al-Quran dan juga dari rakan-rakan yang positif.

Selalu pesan dengan Ammar Arif, anak Aisyah yang sulong ni. Hidup didunia ni kalau kita nak ambil 'port' sangat apa orang kata memang tak jadi apa semuanya akan jadi serba tak kena betul tak sahabat?

Hiduplah kerana Allah SWT buat apa sahaja didunia ni kerana nak dapat redha Allah. Hidup kita didunia ni sementara saja teruskan kehidupan dan perjuangan selagi tak bertentangan dengan apa yang Allah suruh. Insyaallah hidup akan lebih bahagia. 

Haa tajuk hari sebenarnya berkaitan syukur. Orang selalu cakap hidup tak bahagia tak tenang stress dan sebagainya kan cuba sahabat ambil masa setiap hari dalam 10 minit pun dah cukup. Ok buat ni ya. 

Senaraikan 10 kesyukuran pada hari ini. 

Alhamdulillah terlalu banyak untuk disyukuri setiap hari kan. Cuba lihat apa yang kita ada sekarang. Nikmat dapat makan minum dengan baik, dapat melihat orang yang kita sayang setiap hari, dapat baca quran setiap hari, dapat mendengar dengan baik dapat bergerak kesana sini dengan lancar.

Indah sangat nikmat sihat ni kan. 💓

Baru bab sihat ada banyak lagi nikmat, nikmat masa lapang, nikmat masa muda, nikmat masa kita kaya, nikmat masa kita hidup ni dah tentu kan. Kan Aisyah dah kata banyak sangat nikmat kan, kita selalu lihat apa yang orang ada tapi kita lupa apa yang ada pada kita yang mana orang lain belum ada. 

Hebatnya kuasa syukur ni. Bukan bahagia yang menjadikan kita bersyukur tetapi dengan bersyukurlah yang menjadikan kita Bahagia. 🤗


Moga perkongsian Aisyah ni memberi manfaat ye sahabat. Sayang semua kerana Allah swt 🤗




Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments:

Post a Comment