Tuesday, May 16, 2023

Kaedah Mudah Belajar Bahasa Arab dalam 15 Minit

Assalamualaikum Sahabat Aisyah Radin 💓

Cepat sungguh rasanya masa berlalu sekarang ni kan, kita dah pun akhir zaman terlalu banyak perkara yang membuatkan kita leka, teknologi canggih nak akses semua perkara pun sangat mudah. Sebab tu bagi Aisyah kita kena kuat, kena bijak pilih apa yang kita nak tengok dan apa yang tak nak tengok kan. Nak kata tiada masa tu, masa untuk melayari media sosial ada, masa nak melayan cerita drama kegemaran pun ada, masa untuk kawan pun ada tapi masa untuk Al-Quran tu tiada. Solat pun akhir waktu ataupun kalau sempat. Allahuakbar 😥

Penting sangat kah urusan dunia tu sahabat. Peringatan buat diri Aisyah juga ni. Setiap hari pastikan kita ada baca Al-Quran ya sahabat dan lebih baik baca menggunakan Al-Quran yang ada tafsir jadi kita dapat faham apa yang Allah nak sampaikan. Sama-sama kita usaha untuk jadi lebih baik ye.

Ramai yang kata tak cukup masa, saya ni tiada asas bahasa arab macam mana nak belajar kan. Apatah lagi nak faham kan. Sahabat tahu tak, orang Islam seluruh dunia ada 1.9 billon tapi yang faham hanya 400 juta. Aisyah pun samalah termasuk dalam kalangan 1.9 juta tu sebab tu Aisyah sentiasa belajar dan belajar lagi upgrade diri setiap hari.

Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu (mentadabbur) isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu datangnya bukan dari sisi Allah. nescaya mereka akan dapat dapati perselisihan yang banyak didalamnya - Surah An Nisa, ayat 82

Aisyah nak kongsi satu fakta ni, seriuslah baru tahu juga ni. Dalam Al-Quran ada 77,429 perkataan. Kalau kita dapat tahu 1000 perkataan kita boleh faham 80% Al-Quran. Masyaallah best ke best ni sahabat?


Ok fakta seterusnya, perkataan diulang dalam Al-Quran sebanyak 6,679 merangkumi 9.1 % daripada Al-Quran.
 

Nak tak Aisyah kongsi satu kaedah mudah belajar bahasa arab Al-Quran?

💓15 minit sehari

💓 Tanpa asas bahasa arab

💓 Semua peringkat umur

Aisyah nak kenalkan satu aplikasi yang sangat best mesra sangat serius memang rasa sangat seronok belajar sebab sepanjang kita belajar akan ditemani dengan robot soleh. Bak kata Ammar Arif, anak Aisyah. Dia kata tak rasa pun macam belajar rasa macam main game je. Sangat seronok !

Misi kita nak bantu 100 juta orang islam seluruh dunia untuk faham Al-Quran insyallah. 

Ni dia sahabat bismillah....


Sahabat boleh klik terus pada perkataan Think Quran atas ni ya nanti akan dibawakan terus pada Aplikasi Think Quran. Zaman dah berubah kita pun tak dapat menidakkannya, betul ke betul?

Belajar hanya menggunakan aplikasi jadi boleh belajar di mana-mana, tak kira masa, tiada asas pun tiada masalah tau sahabat. Apa yang penting nak belajar !

Dengan hanya 15 minit, apa yang boleh kita dapat. Apa kelebihannya?

Mudah

Belajar dalam skop kecil dan senang dikuasai

Berkesan

Fokus pada kalimah al-Quran yang paling kerap berulang

Cepat Mahir

Mantapkan ingatan melalui pengulangan dan latihan

Pemahaman Jelas

Rasai peningkatan pemahaman ketika membaca al-Quran

Ketahui Prestasi Diri

Lihat tahap penguasaan setiap kalimah secara visual



Sahabat tekan terus tau pada link yang Aisyah kongsi ni ye dan boleh cuba terus main game nanti. Seronok sangat nanti sahabat akan jumpa pelbagai aktiviti sambil belajar. Secara tak langsung kita akan hafal perkataan dalam bahasa arab Al-Quran. Bestnyaaa ! 



Ni Aisyah baru main semalam, sebahagian game yang Aisyah main..😀


Cara nak main dia pun sangat mudah, ikut je arahan robot soleh tu tau !


Apa yang bestnya bila kita faham Al-Quran?



Prof Muhaya rasa berdosa tak kongsi Think Quran.

Jom sahabat Aisyah nak bagi hadiah untuk awak semua yang baca posting ni..terima kasih baca hingga habis.

🎁🎁 HADIAH KHAS BUAT SAHABAT 🎁🎁

Belajar 31 perkataan Bahasa Al Quran secara PERCUMA.

Nak TEBUS hadiah, follow step di bawah . 

Semoga menjadi asbab sahabat faham 31 bahasa Al Quran

👇👇


2. Klik profile

3. Create akaun (PERCUMA) - masukkan no phone, email address, ID dan Kata Laluan

4. Klik home dan start learning

Selamat memahami Al Quran Sahabat 💓 
Nak tanya apa-apa boleh klik pada nama Aisyah ni ya. 


2 comments:

  1. MasyaAllah bagusnya apps/kaedah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah moga asbab aplikasi ni dapat bantu ramai lagi umat islam untuk faham AlQuran 💓

      Delete