Saturday, June 10, 2023

As-Syifa' pendinding dan penawar dari pelbagai petaka, musibah dan penyakit

Kadang dalam hidup ni kita rasa macam ada yang tak kena macam ada sesuatu yang kurang. Nak kata tiada duit cukup, rumah ada anak-anak sihat baik semua pun sempurna cukup, kerja pun ok saja kan Alhamdulillah. Teringat pula Ustaz Shakirin ada kongsi haritu agak terkesan juga jangan minta senang tapi minta lah hati yang tenang. Kadang tu kita rasa kita susah, kita sakit, kitalah semuanya sampai kita lupa untuk bersyukur. Betul tak sahabat? Kembalilah pada Allah SWT kerana dialah yang memberikan kita rasa tenang rasa bahagia tu. 

Hari ni Aisyah nak kongsi satu selawat sebagai ikhtiar kita untuk berubat, selain daripada ubat doktor kita boleh juga cuba dengan ikhtiar ayat-ayat suci Al-Quran. Em Aisyah pun tak mahir sangat kalau salah tegur lah ya. 

Selawat Syifa

Jom sama-sama kita amalkan ya sebagai ikhtiar untuk sembuh, menyihatkan jasmani dan rohani, diberi keselamatan didunia dan akhirat. 


Maksudnya: 
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang merupakan ubat kepada hati-hati manusia dan penawarnya, kesembuhan bagi badan-badan dan penyembuhnya, cahaya segala penglihatan dan sinarannya, (begitu juga selawat ini dilimpahkan) ke atas ahli keluarga baginda, para sahabatnya, serta limpahkanlah kesejahteraan (ke atas mereka).

6 Ayat Syifa' (Penyembuh dalam Al-Quran)

Dalam Al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat penyembuh yang kita boleh amalkan.
Imam Abu Qasim Qushairi ra. berkata:
“Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir meninggal. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
“Mengapa kamu tidak ambil manfaat dari ayat-ayat syifa’?
Mengapa kamu tidak mengamalkan ayat-ayat itu dan memohon (kepada ALLAH SWT) untuk disembuhkan?”

Setelah terjaga Imam Abu Qosim Qushairi ra menemukan enam ayat Syifa’ di dalam al-Qur’an. Berikut enam ayat syifa’ tersebut:

وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ
1 - Wa yanshurkum `alayhim wa yasyfi shuduura qawmim-mu’miniin
Maksudnya :
Dan (Allah) akan melegakan hati orang-orang yang beriman [At-Taubah 9:14]

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
2 - Yaa ayyuhaan-naasu qad jaa atkum maw`izhatum mir-rabbikum wa syifaa-ul-limaa fish-shuduuri wa hudaw wa rahmatul-lil mu’miniin
Maksudnya :
Hai Manusia, sesunguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Yunus 10: 57]

يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ
3 - Yakhruju mim-buthuunihaa syaraabum-mukhtalifun alwaanuhu fiihi syifaa-ul-linnaas
Maksudnya :
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. [An-Nahl 16: 69]

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
4 - Wa nunazzilu minal qur-aani maa huwa syifaa-uw warahmatul-lil mu’miniin
Maksudnya :
Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Bani Israil (Al-Israa) 17: 82]

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
5 - Wa idzaa maridhtu fahuwa yasyfiini
Maksudnya:
Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku [Do’a Nabi Ibrahim dalam Surat Asy-Syu’raa’ 26:80]

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ
6 - Qul huwa lilladziina aamanuu hudaw wasyifaa’uw-walladziina laa yu’minuun
Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad ) bahwa (Qur’an) itu adalah petunjuk dan menyembuhkan bagi orang-orang yang beriman. [Fushshilat 41:44]

Sumber Asal ~ Situs Ar Rahmah dan akuislam.com

Al-Quran Tagging As-Syifa'

As-Syifa' pendinding & penawar dari pelbagai petaka, musibah dan penyakit.

Alhamdulillah sahabat boleh juga dapatkan Al-Quran eNuur kini dengan Tagging As-Syifa.


Tagging As-Syifa' ni mempunyai 150 Tag dan antaranya adalah : 🌸 Doa untuk kedua ibu bapa 🌸 Ruqyah kejahatan musuh 🌸 Ayat penawar penyakit 🌸 Ayat Terapi Jiwa 🌸 Doa diteguhkan iman 🌸 Doa ketika musibah

Semoga produk Al-Quran Tagging al-Syifa’ bersama Buku Keterangan Ayat Syifa’ ini memudahkan para pembaca dan penggemar tadabbur al-Quran dalam mengenal pasti dan memahami ayat-ayat berkaitan penawar yang terdapat dalam Al-Quran. 



Pernahkah selama ini kita berdoa meminta perlindungan dari bahaya perbuatan syirik? Nak berdoa tapi tak tahu nak doa macam mana? Betul tak? 

Sebab itu, tagging As-Syifa' ini sebagai bantuan untuk memudahkan kita semua mencari doa-doa khusus dalam Al Quran berkaitan penawar/penyembuh.


Jom rujuk tagging As-Syifa' untuk Doa Dijauhi Syirik dalam Al Quran. 3 pilihan Al Quran dengan Tagging As-Syifa' iaitu :

👉🏻 Al Quran Khadeeja
👉🏻 Al Quran Fayyadh
👉🏻 Al Quran Zayyan

Yang paling best...ketiga-tiga Al Quran ini korang boleh buat ukiran nama dan kata-kata pada cover untuk nampak lebih eksklusif 😁

Nak tahu lagi boleh hubungi Aisyah ya sahabat. Sama-sama kita beramal dengan ayat suci Al-Quran ni. Tagging lain dalam Al-Quran eNuur KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment